On » Monday, August 10, 2009 //

Mencari Kekuatan di Perjalanan

Ya Tuhan
Aku ingin jadi seorang pejuang
Namun perjalanan ini amat memenatkan
Seringkali aku tewas di medan
Melawan nafsu dan syaitan

Aku mengaku daie
Namun usahaku hanya dapat dibilang jari
Tiada sumbangan untuk agama ini
Sedang aku sudah berjanji
Hidup dan mati kerana Ilahi

Ya Tuhan
Tika imanku berkurang
Aku jadi lemah dan bimbang
Hilang kekuatan dan keyakinan
BimbinganMu jua yang aku harapkan

Tahajjud, ubat yang Kau berikan
Aku cuba jadikan amalan
Namun belum mampu aku istiqamah
Kerana aku sungguh lemah
Melawan nafsu yang tak mahu kalah

Al Quran, penawar yang Kau anugerahkan
Aku cuba pahatkan di fikiran
Namun gagal kekal di ingatan
Lantaran usahaku yang tidak berterusan
Mujahadah aku untuk al Quran

Ya Tuhan
Ampunkan hambaMu yang berdosa
Maafkan hambaMu yang hina
Aku akan sentiasa mencuba
Untuk mencari kekuatan itu
Perkenankanlah Ya Allah...

No Response to " "

Leave A Reply